• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Ya ALLAH, Engkau kekalkanlah ukhwah antara kami selepas ini sehingga kami menghadapMu suatu hari nanti. Amin. [Blog Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15]

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Monday 21 May 2018

Makluman : Kutipan Sumbangan Sempena Majlis Persaraan Pn Jariah

17:57 // by Unknown // No comments


MAKLUMAN : KUTIPAN SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PN JARIAH BT KHALIB (UMI JAR)

2. Untuk makluman, Pn Jariah bt Khalib (Umi Jar) akan bersara wajib pada 30 Mei 2018 (hari Rabu). Berikut disertakan maklumat berkaitan majlis persaraan tersebut :

Tarikh : 30 Mei 2018 (Rabu)
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengahari
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar (DSAB), SMKA Slim River

3. Sehubungan itu, batch SAIFUNNAJJAH akan membuat kutipan sumbangan untuk membeli hadiah sebagai penghargaan kepada beliau. Nilai kutipan tidak ditetapkan dan terpulang pada kalian. "Banyak tanda kita ada, sikit tanda kita ingat". Kalian boleh buat pembayaran melalui online transfer mahupun bank-in pada akaun dibawah : 

Nama Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
Nama Pemegang Akaun : Amir Izzat Abdul Hamid
No Akaun : 168-603-070-940

4. Sekiranya kalian berkelapangan pada tarikh berkenaan (30 Mei 2018), kalian dijemput untuk menghadiri majlis persaraan tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama kalian.

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh :
Unit Kewangan,
Batch Saifunnajjah.

Saturday 4 March 2017

Hebahan : Pengambilan Sijil SPM, PMR & 1119

10:03 // by Unknown // , , // No comments


HEBAHAN : PENGAMBILAN SIJIL SPM, PMR & SIJIL 1119

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa, calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 boleh mendapatkan sijil peperiksaan bermula (6 March 2017, Isnin) seperti ketetapan berikut :

Tempat : Pejabat Sekolah, SMKA Slim River
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pakaian : Menutup Aurat

Pengambilan sijil SPM ini tiada tarikh akhirnya. Pastikan anda mendapat 3 sijil iaitu sijil PMR (sekiranya anda masih belum ambil), sijil SPM dan sijil 1119 (English).

Anda diwajibkan hadir sendiri untuk mengambil sijil. Tidak dibenarkan sama sekali mewakili rakan anda kerana pihak sekolah memerlukan tandatangan pemilik nama sijil tersebut.

Disediakan oleh :
Unit Peperiksaan & Penilaian,
SMKA Slim RIver, Perak 

Wednesday 1 February 2017

Peraduan : Tahniah Pemenang Peraduan SAIFUNNAJJAH Mega Win

10:00 // by Unknown // , // No comments




Peraduan yang dirancang pada November 2016 ini mendapat sambutan terbaik dikalangan batch SAIFUNNAJJAH sendiri. Seramai 98 orang yang menyertai, hanya 5 orang yang terpilih untuk disenarai pendek oleh pihak penganjur. Soalan yang diutarakan adalah berkaitan sejarah-sejarah sekolah (SMKA Slim River) dan berkaitan SAIFUNNAJJAH sendiri. Walaubagaimanapun, peraduan ini bukanlah yang terakhir. Inshallah dilain masa akan diadakan peraduan yang lebih menarik atau ditukar kepada aktivti-aktivti yang dapat mengeratkan ukhwah dikalangan SAIFUNNAJJAH walaupun masing-masing sudah melanjutkan pelajaran di universiti dan bidang yang berbeza.

Oleh itu, Bahagian Pengurusan Aktiviti SAIFUNNAJJAH yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudari

NURUL AIN BINTI AZMI (SNXX34) 


kerana telah dipilih sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang 1x Set Gaming Headset. Sila pm pihak urusetia di (Facebook SAIFUNNAJJAH) untuk urusan pengesahan dan penerimaan hadiah. Keputusan dibuat berdasarkan peratusan betul yang telah diemailkan kepada semua peserta dan keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Cara Pemarkahan :

    Jawapan Betul      X 100  = Markah Peratusan
Soalan Keseluruhan


*Bagi peserta yang lain, markah peratusan anda telah diemelkan di alamat emel yang telah diberikan.
*Sila semak di 'inbox' atau di 'spam' emel anda.

Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Aktiviti,
SAIFUNNAJJAH 11-15

Thursday 26 January 2017

Peraduan : Keputusan SAIFUNNAJJAH Mega Win

09:33 // by Unknown // , // No comments


Adakah nama anda akan tertera pada gambar diatas? Nantikan keputusan penuh pada 01 Feb 2017 (Rabu) di Blog Rasmi SAIFUNNAJJAH 11-15.

Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Aktiviti,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15

Wednesday 30 November 2016

Peraduan : SAIFUNNAJJAH Mega Win Contest

18:38 // by Unknown // No comments


Peraduan ‘SAIFUNNAJJAH Mega Win’ ini merupakan salah satu aktiviti baru buat julung kalinya yang diadakan secara atas talian (online) kepada ahli batch SAIFUNNAJJAH. Peraduan yang bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2016 ini bakal menyediakan hadiah lumayan untuk seorang pemenang sahaja berupa 1 unit ‘Gaming Headset’ yang bernilai RM130. Peraduan ini bertujuan memupuk minat ahli untuk berurusan dengan blog rasmi SAIFUNNAJJAH dan memperingati tarikh pendaftaran kemasukan batch SAIFUNNAJJAH ke bumi SMKA Slim River pada tanggal 10 Januari 2011 serta beberapa kenangan yang dilalui sewaktu bergelar pelajar. Inshallah pada tahun 2017, usia batch SAIFUNNAJJAH akan memasuki tahun ke-7 setelah diasaskan pada tahun 2012 atas perbincangan bersama antara ahli batch. Penamaan batch menjadi titik penanda apabila batch SAIFUNNAJJAH merupakan batch pertama mewujudkan nama khusus yang menandakan sesuatu batch tersebut.

Klik untuk baca selanjutnya : 


- PERADUAN TAMAT -

Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Aktiviti,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Saturday 26 November 2016

Berita : Khairul Syahmi dimasukkan ke Hospital Batu Gajah

18:52 // by Unknown // , // No comments



Assalamualaikum.

BERITA : KHAIRUL SYAHMI DIMASUKKAN KE HOSPITAL ATAS MASALAH KESIHATAN

BATU GAJAH, 23 NOV : Saudara Khairul Syahmi atau lebih sinonimnya dikenali sebagai 'cang' oleh sahabat-sahabatnya telah dikejarkan ke Hospital Batu Gajah (HBG), disebabkan mengalami masalah kesihatan paru-paru berair. Doktor berjaya mengeluarkan lebih kurang 1.2 liter air daripada paru-parunya. Kesihatan Syahmi kembali pulih dan beliau telah dikunjungi oleh sahabat-sahabat batch SAIFUNNAJJAH sepanjang menerima rawatan disana. Terima kasih diucapkan atas doa kalian terhadap beliau. Makluman terkini, beliau akan keluar hospital pada esok hari (27 Nov 2016, Ahad).




Sumber : Sahabat Karib Syahmi


Disediakan oleh :
Bahagian Kebajikan,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Monday 17 October 2016

Blog : Terima Kasih Komitmen Sepanjang Pengisian e-Sistem Halatuju

23:09 // by Unknown // , // No comments



TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN & KERJASAMA SEPANJANG HEBAHAN PENGISIAN E-SISTEM HALATUJU IPT

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berjaya memberikan komitmen dan kerjasama yang sebaiknya sewaktu pengisian e-SISTEM HALATUJU IPT BATCH SAIFUNNAJJAH. Ucapan "terbaik" juga diungkapkan oleh En Ismail b Hashim (Abah) menerusi aplikasi WhatsApp sebaik sahaja mendapat tahu maklumat tersebut sudah diemailkan kepadanya. Semoga ukhwah antara kita lebih akrab menerusi media sosial yang berkembang mengikut peredaran zaman teknologi ini.

*Oleh itu, pengisian e-SISTEM dibuka kepada semua ahli (tidak ditetapkan), bermakna ahli lain yang mengambil SPM selain SMKA Slim River boleh mengisinya. Tempoh pengisian tidak terhad dan mengikut kelapangan anda. 

Bahagian Pengurusan,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat