• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Friday 18 March 2016

Info : e-Forum Alumni SMKA Slim River

11:24 // by Unknown // , // No comments



Assalamualaikum wbt.

INFO : E-FORUM ALUMNI SMKA SLIM RIVER

Alhamdulillah. Pertamanya kami, batch SAIFUNNAJJAH bersyukur kepada Allah atas usaha kami, guru-guru, ibu bapa dan semua sekali yang telah membantu kami dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada kami. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan usaha anda yang membantu merealisasikan hasrat kami sejurus menjadi kebanggaan kami. 

Setelah menanti lebih kurang 2 bulan lamanya, akhirnya e-forum ini berjaya disiapkan atas kerjasama alumni. Mungkin ada yang pelik 'e-forum' itu kita kena buat forum ke? Sebenarnya tidak, alumni hanya mengongsikan pendapat, cadangan atau seumpama dengannya berkaitan universiti, masa depan, buat kami yang baru sahaja menerima keputusan SPM beberapa minggu yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada alumni-alumni yang telah memberikan sedikit pengisian, nasihat, panduan dan cadangan kepada kami. Inshallah kami akan ambil input-input yang berguna daripada perkongsian yang telah diberikan. 

Terima kasih kepada alumni :
1. Pn Siti Hafiza bt Othman (SPM1998)
2. Pn Mashitah ZA (SPM2006)
3. Cik Atiqah Najwa bt Gharib (SPM2007)
4. Cik Nur Athirah bt Mohd Noor (SPM2008)
5. Cik Nur Liyana bt Mohd Anuar (SPM2011)
6. Cik Saidah Nafisah bt Zulkupli (SPM2011)
7. Cik Aelina Khairina bt Mohd Arifin (SPM2012)
8. En Kamal Fikri b Khairul Azmi (SPM2013)

Klik untuk ke bahagian e-Forum Alumni SMKA Slim River

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Friday 4 March 2016

Hebahan : SAIFUNNAJJAH Batch Kedua Mencatat Sejarah Sekolah Sejak Ditubuhkan Tahun 1993 (SPM2015)

19:22 // by Unknown // , // No comments


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2015 SMKA SLIM RIVER

SMKA SLIM RIVER, 03 MAC – Alhamdulillah, keputusan peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan. Seramai 24 orang calon SMKA Slim River memperolehi keputusan cemerlang iaitu 8A dan keatas. 7 orang calon memperolehi keputusan 11A, 5 orang memperolehi keputusan 10A, 5 orang lagi memperolehi keputusan 9A dan 7 orang memperolehi keputusan 8A. Secara keseluruhannya, SMKA Slim River menduduki ranking yang ke-13 dalam negeri Perak bagi pencapaian SPM 2015 dengan nilai GPS 2.97 berbanding pada tahun lepas 3.47. 


Peningkatan sebanyak -0.50 amat besar dan cukup membanggakan dengan lulus 100% dalam semua subjek. Kejayaan ini secara tidak langsung melonjakkan pencapaian GPS SPM daerah Batang Padang (5.27) yang menduduki ranking ke-5 dalam negeri Perak. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon-calon SPM 2015 yang telah mengharumkan nama sekolah dan berjaya mencatat sejarah sekolah kerana merupakan batch pertama yang paling ramai mempunyai bilangan semua A dalam semua subjek sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1993. Dalam masa yang sama, batch SAIFUNNAJJAH merupakan batch kedua yang turut mengharumkan nama sekolah selpas batch SPM tahun 1998. Menamakan batch mereka sebagai SAIFUNNAJJAH yang membawa maksud pedang kejayaan amat bersesuaian dengan kejayaan yang mereka kecapi hari ini.


Tahniah dan syabas kepada semua para guru, ibu bapa, alumni serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melonjakkan kecemerlangan GPS serta kualiti semua A. Diharapkan kepada guru-guru, ibu bapa terutama calon-calon SPM yang akan datang (2016) dapat menunjukkan persaingan dan prestasi yang lebih sihat untuk menandingi keputusan SPM 2015. Inshallah.


CALON CEMERLANG SPM 11A (A+, A, A-)
1. Mastura bt Mokhtar [ 5A+, 4A, 2A- ]
2. Abdul Latif b Idris [ 4A+, 5A, 2A- ]
3. Muhammad Khairun Nafi’ b Khairul Kamel [ 4A+, 3A, 4A- ]
4. Nurul Husna bt Hasnul Hadi [ 3A+, 5A, 3A- ]
5. Siti Nurin Salwa bt Tarmizi [ 2A+, 5A, 4A- ]
6. Nurnasreen bt Ismail [ 1A+, 6A, 4A- ]
7. Hakim Muhaimin b Mohammad Rosman [ 1A+, 6A, 4A- ]

CALON CEMERLANG SPM 10A 
1. Mohammad Aqhmal b Zulkifli [ 6A+, 3A, 1A-, 1B+ ]
2. Nur Husna bt Mohd Zainol [ 5A+, 3A, 2A-, 1B+ ]
3. Muhammad Hafiz b Abd Rahim [ 3A+, 6A, 1A-, 1B+ ]
4. Marinah Balqis bt Abol Kassim [ 3A+, 5A, 2A-, 1B+ ]
5. Sakinah bt Abdul Hamid [ 2A+, 3A, 5A-, 1B+ ]

CALON CEMERLANG SPM 9A
1. Ain Nabila bt Mahadzir [ 4A+, 4A, 1A-, 1B+, 1C+ ]
2. Ahmad Farhan b Noor Azman [ 4A+, 2A, 3A-, 2C+ ]
3. Nawal Hanis bt Normahidi [ 3A+, 3A, 3A-, 1B+, 1B ]
4. Nu’man Al-Basyir b Mohd Nuri Al-Amin [ 2A+, 4A, 3A-, 1B+, 1B ]
5. Muhammad Aidil Syawal b Zainal Karib [ 1A+, 6A, 2A-, 1B+, 1B ]

CALON CEMERLANG SPM 8A
1. Muhammad Fitri b Udin [ 4A, 4A-, 1B+, 1B, 1C ]
2. Dania Izzati bt Meor Mohd Makhfudz [ 2A+, 4A, 2A-, 3B+ ]
3. Umi Atikah bt Mohd Ariff [ 1A+, 4A, 3A-, 2B+, 1B ]
4. Mas Liza Aiza bt Maskor [ 1A+, 3A, 4A-, 1B+, 2C+ ]
5. Mohd Kamal Mujaddid b Kamal Hisham [ 1A+, 3A, 4A-, 2B+, 1B ]
6. Muhammad Syukri b Mohd Fadzil [ 1A+, 2A, 5A-, 3B+ ]
7. Farah Diana bt Mohd Arif [ 1A, 7A-, 1B+, 1B, 1C ]

Semoga berjaya pada masa akan datang. Tahniah !

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat