• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Thursday 14 April 2016

Info : Statistik Keputusan Berjaya Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

12:49 // by Unknown // , // No comments

INFO : STATISTIK KEPUTUSAN BERJAYA PROGRAM MATRIKULASI KPM AMBILAN PERTAMA SESI 2016/2017



Batch : SAIFUNNAJJAH 11-15,
Sekolah : SMKA Slim River,

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Ambilan Pertama Sesi 2016/2017. Semakan keputusan tawaran ke Program Matrikulasi KPM Ambilan Pertama Sesi 2016/2017 boleh dibuat di pautan berikut [ SEMAKAN MATRIKULASI SESI 2016/2017 ]. Semakan boleh dibuat bermula hari ini (14 April) sehingga 28 April (Khamis) jam 11:59 malam. Oleh itu, surat tawaran akan dipaparkan setelah calon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan tawaran samada menerima atau menolak tawaran. 

Dimaklumkan bahawa, seramai 131 calon yang memohon ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016/2017. Daripada 131 calon, seramai 76 calon yang berjaya mendapat tawaran dan selebihnya tidak berjaya. Pemohon yang tidak berjaya, anda boleh mengemukakan rayuan pada portal tersebut. Seramai 76 pemohon berjaya ditempatkan di 10 buah kolej matrikulasi daripada 17 buah kolej matrikulasi (jumlah keseluruhan kolej matrikulasi) di serata Malaysia, antaranya Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Matrikulasi MARA Kulim, Kolej Matrikulasi MARA Kuala Nerang dan lain-lain. Berikut adalah statistik bilangan pelajar yang berjaya ditempatkan di Kolej Matrikulasi serata Malaysia bagi Batch SAIFUNNAJJAH, SMKA Slim River :

1. KM KEDAH (38 CALON)
2. KM TEKNIKAL KEDAH (18 CALON)
3. KM PERLIS (8 CALON)
4. KM PERAK (4 CALON)
5. KM NEGERI SEMBILAN (2 CALON)
6. KM TEKNIKAL PAHANG (2 CALON)
7. KM SELANGOR (1 CALON)
8. KM MELAKA (1 CALON)
9. KM MARA KULIM (1 CALON)
10. KM MARA KUALA NERANG (1 CALON)

Jumlah Keseluruhan Calon : 76 Orang

Selain itu, dari segi tarikh pendaftaran pelajar, terdapat pelajar yang akan mendaftar pada 5 Jun dan 7 Jun 2016 (bergantung kepada Kolej Matrikulasi yang ditawarkan). Seramai 45 calon yang mendapat jurusan pengajian Sains (M0001–SAINS), 20 calon jurusan pengajian Teknikal (M007-TEKNIKAL) dan 11 calon jurusan pengajian Perakaunan (M003-PERAKAUNAN). Jangka masa program bagi semua calon yang berjaya adalah Program Satu Tahun (PST). 

PERINGATAN
*Calon dikehendaki membaca terlebih dahulu Buku Panduan Pendaftaran sebelum meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.
* Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudain.

© All Copyright Reserved

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Batch SAIFUNNAJJAH,
SMKA Slim River, Perak.

Friday 8 April 2016

Hebahan : Semakan Keputusan Tawaran Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

17:05 // by Unknown // , // No comments


HEBAHAN : SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017

Kepada :
Lepasan SPM 2015,

Dimaklumkan bahawa, semakan keputusan tawaran ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017 boleh dibuat secara atas talian (online) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

SEMAKAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)
- Semakan atas talian boleh dibuat melalui Laman Semakan Keputusan Tawaran Kolej Matrikulasi, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), pada 14 April 2016 (Khamis) mulai jam 12.00 tengahari di pautan berikut :
(akan diaktifkan pada 14 April 2016 jam 12.00 tengahari)

SEMAKAN MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
- Perkhidmatan mySMS untuk Semakan Tawaran Matrikulasi KPM Ambilan 2016/2017 akan diaktifkan bermula jam 12.00 tengahari 14 April 2016 (Khamis) sehingga jam 11:59 malam 28 April 2016 (Khamis). Cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM melalui SMS :


Taip : MOE<jarak>MAT<jarak>NoKP dan hantarkan ke 15888.
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Tuesday 5 April 2016

Hebahan : Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016

07:17 // by Unknown // , // 4 comments


HEBAHAN : SEMAKAN CALON YANG BERJAYA MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2016

Kepada :
Lepasan SPM 2015

Semakan calon yang berjaya menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi calon-calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon-calon Ambilan Khas Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) boleh dibuat pada 5 April 2016 jam 12.00 tengahari hingga 14 April 2016.

KLIK UNTUK MEMBUAT SEMAKAN : 


Sebarang pertanyaan berkaitan dengan semakan, sila hubungi :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(U/p : Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar )
No Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769
PENAFIAN : PIHAK ADMIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESILAPAN ANDA SEPANJANG PERMOHONAN DIBUAT. KAMI HANYA MENGHEBAHKAN KEPADA UMUM, SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI PEGAWAI PERKHIDMATAN INSTITUT YANG BERTUGAS. 

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat