• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Saturday 4 March 2017

Hebahan : Pengambilan Sijil SPM, PMR & 1119

10:03 // by Unknown // , , // No comments


HEBAHAN : PENGAMBILAN SIJIL SPM, PMR & SIJIL 1119

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa, calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 boleh mendapatkan sijil peperiksaan bermula (6 March 2017, Isnin) seperti ketetapan berikut :

Tempat : Pejabat Sekolah, SMKA Slim River
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pakaian : Menutup Aurat

Pengambilan sijil SPM ini tiada tarikh akhirnya. Pastikan anda mendapat 3 sijil iaitu sijil PMR (sekiranya anda masih belum ambil), sijil SPM dan sijil 1119 (English).

Anda diwajibkan hadir sendiri untuk mengambil sijil. Tidak dibenarkan sama sekali mewakili rakan anda kerana pihak sekolah memerlukan tandatangan pemilik nama sijil tersebut.

Disediakan oleh :
Unit Peperiksaan & Penilaian,
SMKA Slim RIver, Perak 

Wednesday 1 February 2017

Peraduan : Tahniah Pemenang Peraduan SAIFUNNAJJAH Mega Win

10:00 // by Unknown // , // No comments




Peraduan yang dirancang pada November 2016 ini mendapat sambutan terbaik dikalangan batch SAIFUNNAJJAH sendiri. Seramai 98 orang yang menyertai, hanya 5 orang yang terpilih untuk disenarai pendek oleh pihak penganjur. Soalan yang diutarakan adalah berkaitan sejarah-sejarah sekolah (SMKA Slim River) dan berkaitan SAIFUNNAJJAH sendiri. Walaubagaimanapun, peraduan ini bukanlah yang terakhir. Inshallah dilain masa akan diadakan peraduan yang lebih menarik atau ditukar kepada aktivti-aktivti yang dapat mengeratkan ukhwah dikalangan SAIFUNNAJJAH walaupun masing-masing sudah melanjutkan pelajaran di universiti dan bidang yang berbeza.

Oleh itu, Bahagian Pengurusan Aktiviti SAIFUNNAJJAH yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudari

NURUL AIN BINTI AZMI (SNXX34) 


kerana telah dipilih sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang 1x Set Gaming Headset. Sila pm pihak urusetia di (Facebook SAIFUNNAJJAH) untuk urusan pengesahan dan penerimaan hadiah. Keputusan dibuat berdasarkan peratusan betul yang telah diemailkan kepada semua peserta dan keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Cara Pemarkahan :

    Jawapan Betul      X 100  = Markah Peratusan
Soalan Keseluruhan


*Bagi peserta yang lain, markah peratusan anda telah diemelkan di alamat emel yang telah diberikan.
*Sila semak di 'inbox' atau di 'spam' emel anda.

Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Aktiviti,
SAIFUNNAJJAH 11-15

Thursday 26 January 2017

Peraduan : Keputusan SAIFUNNAJJAH Mega Win

09:33 // by Unknown // , // No comments


Adakah nama anda akan tertera pada gambar diatas? Nantikan keputusan penuh pada 01 Feb 2017 (Rabu) di Blog Rasmi SAIFUNNAJJAH 11-15.

Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Aktiviti,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat