• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Thursday 21 January 2016

Hebahan : Persediaan Menjelang Keputusan SPM 2015

12:57 // by Unknown // , // No comments


Jangan buang masa sepanjang cuti menunggu keputusan SPM tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Dan yang paling penting adalah persediaan untuk mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pengajian samada ke IPTA atau ILKA atau pun mungkin ke Kolej Matrikulasi
Ada beberapa langkah yang pelajar boleh ambil untuk dilakukan sebagai persediaan

1. Pelajar mesti mengenal-pasti program apa yang ingin dipohon.

  • Walaupun ada yang mungkin akan jawab mereka akan buat pilihan apabila keputusan diumumkan, saya nasihatkan agar pelajar tidak menunggu sehingga mendapat keputusan untuk baru mula memilih.
  • Pada masa itu keadaan akan menjadi sangat sibuk, akan ada terlalu banyak perkara yang awak nak kena fikir dan buat pada masa itu dan ada kemungkinan akan menyebabkan awak akan buat pilihan yang silap.
  • Peruntukkan sedikit masa – kenal pasti sekurang-kurangnya 8 program pengajian yang akan dipohon malah lebih baik jika lebih banyak sehingga 16 program pengajian untuk permohonan ke IPTA dan sekurang-kurangnya 8 untuk program pengajian di ILKA jika anda ingin juga memohon ke ILKA.
  • Pelajar sebenarnya ada 13 pilihan program yang boleh dipohon iaitu 8 program untuk ke IPTA dan 5 program untuk ke ILKA. Sebab itu lebih baik jika ada lebih banyak pilihan kerana ada kemungkinan akan ada beberapa program yang anda mungkin tidak layak untuk memohon. Ada lebih tentulah lebih mudah daripada tak cukup untuk mencari lagi
  • Saya dah sediakan satu borang khas untuk pelajar senaraikan program pengajian berserta dengan syarat kemasukan bagi setiap program yang disenaraikan
  • Apabila telah dilengkapkan, yang tinggal hanyalah untuk menunggu keputusan sebenar diumumkan untuk anda menandakan program pengajian mana yang anda paling layak untuk dipohon

2. Meritokrasi

  • Pelajar perlu faham bahawa memenuhi syarat kelayakan di atas adalah merupakan “kelayakan untuk memohon” sahaja.
  • Manakala peluang untuk mendapat tempat bergantung kepada dasar pengambilan pelajar ke IPTA / UA dan ILKA
  • Pelajar sebenarnya boleh mengira sendiri markah merit yang dicapai berdasrkan keputusan SPM yang diperolehi menggunakan borang-borang yang telah disediakan ini
    1. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT UNTUK KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER
    2. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT UNTUK KEMASUKAN KE ILKA DAN POLITEKNIK (KONVENSIONAL & METRO)


  • Daripada pengiraan merit ini pelajar boleh mengenalpasti program pengajian manakah yang pelajar mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat berdasarkan markah merit yang dicapai

3. Doa

Iringi setiap langkah dengan doa serta dalam masa yang sama elakkan daripada melalukan sebarang dosa samada besar mahupun kecil agar segala apa yang kita mohon daripada Allah SWT akan diperkenankan dengan kehendakNya jua – insyallah.

Sumber : KAUNSELOR HALATUJU PENDIDIKAN LEPASAN SPM 

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Wednesday 6 January 2016

Hebahan : Pengisian Borang Pendaftaran Alumni Batch SAIFUNNAJJAH Dibuka Sekarang !

16:01 // by Unknown // , // No comments



HEBAHAN : PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN ALUMNI BATCH SAIFUNNAJJAH 11-15 TELAH DIBUKA!

1. Tempoh : 09 Dis 2015 hingga 29 Feb 2016 [Jam 12:00 am].

2. Pengisian adalah WAJIB kepada semua ahli termasuk yang telah meninggalkan sekolah dan menyambung pelajarannya ke sekolah lain sejak di Tingkatan 1 atau 2 atau 3 atau 4 mahupun di Tingkatan 5.

3. Tujuan borang alumni ini diadakan adalah untuk memudahkan pengurusan perhubungan beberapa tahun akan datang untuk Majlis Reunion dan seumpama dengannya.


4. Maklumat yang diberikan adalah SULIT dan tidak akan disebarkan oleh pihak yang tidak berkenaan serta keselamatan pengisian secara online adalah terjamin 100%.


5. Diharapkan semua ahli dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada Unit Alumni & Reunion Batch Saifunnajjah 11-15.


6. Nama yang sudah berdaftar akan dipamerkan untuk pengetahuan ahli di blog batch [akan dimaklumkan kemudian]. Nama akan dikemaskini setiap 3 hari secara berkala.


*Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke Inbox Page Saifunnajjah 11-15


Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan,
Alumni Batch Saifunnajjah 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat