• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Wednesday 30 November 2016

Peraduan : SAIFUNNAJJAH Mega Win Contest

18:38 // by Unknown // No comments


Peraduan ‘SAIFUNNAJJAH Mega Win’ ini merupakan salah satu aktiviti baru buat julung kalinya yang diadakan secara atas talian (online) kepada ahli batch SAIFUNNAJJAH. Peraduan yang bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2016 ini bakal menyediakan hadiah lumayan untuk seorang pemenang sahaja berupa 1 unit ‘Gaming Headset’ yang bernilai RM130. Peraduan ini bertujuan memupuk minat ahli untuk berurusan dengan blog rasmi SAIFUNNAJJAH dan memperingati tarikh pendaftaran kemasukan batch SAIFUNNAJJAH ke bumi SMKA Slim River pada tanggal 10 Januari 2011 serta beberapa kenangan yang dilalui sewaktu bergelar pelajar. Inshallah pada tahun 2017, usia batch SAIFUNNAJJAH akan memasuki tahun ke-7 setelah diasaskan pada tahun 2012 atas perbincangan bersama antara ahli batch. Penamaan batch menjadi titik penanda apabila batch SAIFUNNAJJAH merupakan batch pertama mewujudkan nama khusus yang menandakan sesuatu batch tersebut.

Klik untuk baca selanjutnya : 


- PERADUAN TAMAT -

Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Aktiviti,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Saturday 26 November 2016

Berita : Khairul Syahmi dimasukkan ke Hospital Batu Gajah

18:52 // by Unknown // , // No comments



Assalamualaikum.

BERITA : KHAIRUL SYAHMI DIMASUKKAN KE HOSPITAL ATAS MASALAH KESIHATAN

BATU GAJAH, 23 NOV : Saudara Khairul Syahmi atau lebih sinonimnya dikenali sebagai 'cang' oleh sahabat-sahabatnya telah dikejarkan ke Hospital Batu Gajah (HBG), disebabkan mengalami masalah kesihatan paru-paru berair. Doktor berjaya mengeluarkan lebih kurang 1.2 liter air daripada paru-parunya. Kesihatan Syahmi kembali pulih dan beliau telah dikunjungi oleh sahabat-sahabat batch SAIFUNNAJJAH sepanjang menerima rawatan disana. Terima kasih diucapkan atas doa kalian terhadap beliau. Makluman terkini, beliau akan keluar hospital pada esok hari (27 Nov 2016, Ahad).




Sumber : Sahabat Karib Syahmi


Disediakan oleh :
Bahagian Kebajikan,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15.

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat