• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Friday 26 February 2016

Hebahan : Kenyataan Akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Keputusan SPM 2015

20:46 // by Unknown // , // No comments



HEBAHAN KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2015

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diadakan pada hari Khamis, 3 Mac 2016 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini, serama 440,682 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah 440,682 calon, 379,466 calon adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 9,785 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh : MRSM), 7,769 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 12,216 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM, 29,799 adalah calon persendirian manakala baki 1,647 adalah dari Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui sistem mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 3 Mac 2016 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac 2016.

Kementerian Pendidikan Malaysia
25 Februari 2016

[KLIK] Sila klik, untuk tempat dan pakaian bagi pelajar SMKA Slim River, Perak.


Tuesday 23 February 2016

Hebahan : Pengambilan Slip Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2015

16:41 // by Unknown // , // No comments


--------------------------------------------------------------


HEBAHAN MAKLUMAN

PENGUMUMAN SLIP KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2015
SMKA SLIM RIVER, PERAK


Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa, calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 boleh mendapatkan slip keputusan mereka seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03 March 2016 (Khamis)
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar (DSAB), SMKA Slim River, Perak
Masa : 10.30 pagi
Pakaian :
- Putera : Baju Kemeja + Tali Leher + Seluar Slack Hitam (seluar jenis jeans tidak dibenarkan) + Kasut Kulit Hitam + Rambut disikat rapi dalam keadaan kemas
- Puteri : Tudung Labuh + Baju Kurung + 'Armsocks' + Kasut Kulit Hitam

Calon-calon dikehendaki mematuhi peraturan berikut sewaktu mengambil slip keputusan SPM :
1. Memakai pakaian selain yang dinyatakan diatas
2. Bebas daripada hutang / tunggakan bayaran Yuran Makan Asrama
3. Bebas daripada hutang / tunggakan / denda bayaran buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
4. Bebas daripada mana-mana hutang / tunggakan bayaran lain selain yang disenaraikan diatas
5. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
*Sekiranya calon mempunyai hutang / tunggakan, sila jelaskan terlebih dahulu sebelum mengambil slip keputusan SPM
Selain itu juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM (jarak) nombor kad pengenalan (jarak) angka giliran dan hantar ke 15888. Anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 untuk setiap penghantaran dan RM0.20 untuk setiap penerimaan. Jumlah caj dikenakan adalah RM0.35 bagi setiap semakan menggunakan mySMS. 
*Perkhidmatan mySMS akan bermula pada jam 10.00 pagi pada 03 March 2016.


CONTOH : SPM   980708645234   AB123C109   hantar ke 15888

Oleh itu, Unit Bimbingan & Kaunseling akan menyediakan dua buah 'booth' institusi lepasan SPM iaitu Booth Cyberjaya University College Medical Sciences (CUCMS) dan Booth Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Para lepasan SPM boleh mendapatkan maklumat mengenai institusi berkenaan sewaktu pengambilan Slip Keputusan SPM.

Unit Peperiksaan & Penilaian,
SMKA Slim River, Perak

Wednesday 17 February 2016

Tuesday 9 February 2016

Hebahan : Senarai Program Pengajian di UA & Politeknik Premier Lepasan SPM 2015

14:09 // by Unknown // , // No comments


Assalamualaikum wbt.

HEBAHAN : SENARAI PROGRAM PENGAJIAN DI UA POLITEKNIK PREMIER LEPASAN SPM 2015 MENGIKUT ALIRAN PENGAMBILAN (2016/2017)

KENAPA IANYA PENTING ?

1. LEPASAN SPM 2015
Untuk memudahkan membuat pilihan permohonan melalui UPU berdasarkan aliran pengajian.

2. CALON SPM 2016
Harus mula mengenalpasti program pengajian yang ingin dipohon selepas SPM untuk menyemak syarat kemasukan (syarat khas) [ SEMAK KEMASUKAN (SYARAT KHAS) ] untuk seterusnya berusaha memenuhi syarat tersebut.

3. LEPASAN PT3 2015
Lepasan PT3 2015 yang baru menjejakkan kaki ke tingkatan 4 boleh memastikan bahawa mereka berada di aliran yang mereka layak dan betul untuk seterusnya layak memohon ke program pengajian yang sesuai untuk mencapai cita-cita kerjaya mereka.

4. CALON PT3 2016
Calon PT3 2016 harus mulakan usaha dari awal untuk mencapat keputusan PT3 yang melayakkan mereka untuk menyertai aliran pengajian tingakatan 4 & 5 dan seterusnya menduduki SPM di dalam aliran yang akan melayakkan mereka memohon ke program pengajian yang disasarkan untuk mencapai cita-cita kerjaya masa depan mereka.














Sumber : Kaunselor Halatuju

Disediakan :
Bahagian Akademik, 
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Berita : Ucapan Takziah Kepada Ex-KASAS (SPM2015)

13:41 // by Unknown // // No comments



Assalamualaikum wbt.

BERITA : UCAPAN TAKZIAH KEPADA ALLAHYARHAM AMIRUL B SAPARI (SPM2015) ALUMNI SMKA SULTAN AZLAN SHAH, BOTA

Kami warga batch SAIFUNNAJJAH 11-15 (SPM2015) alumni SMKA Slim River, mengucapkan ucapan takziah kepada ibu bapa / waris atas pemergiannya pada 8 Feb 2016 (Isnin). Kami berharap agar ibu bapa / waris dan sahabat-sahabat allahyarham tabah menghadapi takdir Allah dan berdoa agar allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

*Allahyarham Muhammad Amirul b Sapari yang berasal dari Sungai Samak, Teluk Intan, Perak dikejarkan ke Hospital Seri Manjung (HSM), Perak apabila mengalami kemalangan di Lebuhraya Lekir-Sitiawan apabila motorsikal jenis Yamaha 125Z yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah motokar pacuan empat roda Mitsubishi 4x4. Allahyarham disahkan meninggal dunia di HSM akibat kecederaan dalaman. Allahyarham merupakan sahabat kepada sahabat kami dan juga bekas pelajar SMKA Sultazn Azlan Shah, Bota, SPM2015.

Gambar 1 : Sewaktu pengebumian Allahyarham pagi tadi.


Al-Fatihah.
(Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman).
'Allahuma Firglahu Warhamhu Waa'fihi Wafuanhu'

Disediakan oleh :
Bahagian Kebajikan,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Monday 8 February 2016

Hebahan : Semakan Keputusan 10% Markah Kokurikulum Lepasan SPM 2015

16:34 // by Unknown // , // No comments


Assalamualaikum wbt. 

HEBAHAN : SEMAKAN KEPUTUSAN 10% MARKAH KOKURIKULUM LEPASAN SPM 2015

Kepada semua ahli batch SAIFUNNAJJAH 11-15, semakan keputusan untuk 10% markah kokurikulum bagi lepasan SPM 2015 telah dibuka. Sila masukkan no kad pengenalan anda di ruangan kosong seperti dibawah. 

Sila klik link ini [ SEMAKAN KEPUTUSAN 10% MARKAH KOKURIKULUM ] untuk membuat semakan secara online menerusi laman web Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum.
Terima kasih.

*Markah penuh bagi markah kokurikulum adalah 10.00


Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik & Kokurikulum,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Berita : Amirin Nubli / Abe Mengalami Kemalangan di Tapah

13:18 // by Unknown // // 1 comment


Assalamualaikum.

BERITA : AMRIN NUBLI KEMALANGAN DI TAPAH, PERAK

Tapah : Pada 5 Feb 2016 yang lalu (Jumaat), saudara Amirin b Nubli atau lebih sinonimnya dikenali sebagai 'abe' oleh sahabat-sahabatnya telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh disebabkan beliau mengalami kemalangan apabila motorsikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Tapah, Perak. Selepas beberapa hari, beberapa ahli batch SAIFUNNAJJAH 11-15 telah melawat beliau dan menyatakan bahawa saudara Amirin/Abe telah kembali sedar dan menerima beberapa jahitan diatas mata sebelah kiri, muka mengalami lebam-lebam dan retak sedikit dibahagian muka.




Oleh itu, sekiranya anda ingin datang melawat, sila ke Katil 17, Wad 6B, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Sumber : Ibu Amirin & saudara Aiman Kamil)

Disediakan oleh :
Bahagian Kebajikan,
Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat