• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Friday 8 April 2016

Hebahan : Semakan Keputusan Tawaran Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

17:05 // by Unknown // , // No comments


HEBAHAN : SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017

Kepada :
Lepasan SPM 2015,

Dimaklumkan bahawa, semakan keputusan tawaran ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017 boleh dibuat secara atas talian (online) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

SEMAKAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)
- Semakan atas talian boleh dibuat melalui Laman Semakan Keputusan Tawaran Kolej Matrikulasi, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), pada 14 April 2016 (Khamis) mulai jam 12.00 tengahari di pautan berikut :
(akan diaktifkan pada 14 April 2016 jam 12.00 tengahari)

SEMAKAN MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
- Perkhidmatan mySMS untuk Semakan Tawaran Matrikulasi KPM Ambilan 2016/2017 akan diaktifkan bermula jam 12.00 tengahari 14 April 2016 (Khamis) sehingga jam 11:59 malam 28 April 2016 (Khamis). Cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM melalui SMS :


Taip : MOE<jarak>MAT<jarak>NoKP dan hantarkan ke 15888.
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

0 comments:

Post a Comment

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat