• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Monday 16 May 2016

Info : Statistik Keputusan Berjaya UPU ke Universiti Awam/Politeknik Premier Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2016/2017

02:00 // by Unknown // , // 3 comments



Batch : SAIFUNNAJJAH 11-15,
Sekolah : SMKA Slim River,

Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2016/2017. Semakan keputusan tawaran ke Universiti Awam/Politeknik Premier bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2016/2017 boleh dibuat di pautan berikut


Semakan boleh dibuat bermula hari ini (16 Mei) jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mei (Selasa).

Dimaklumkan bahawa, seramai 131 pemohon yang memohon ke Universiti Awam/Politeknik Premier bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2016/2017. Daripada 131 pemohon, seramai 93 pemohon yang berjaya mendapat tawaran dan selebihnya tidak berjaya (gagal). Pemohon yang tidak berjaya (gagal), anda boleh mengemukakan rayuan pada portal UPU bermula 26 Mei (Khamis) jam 12.00 tengahari hingga 31 Mei 2016 (Selasa). Seramai 93 pemohon berjaya ditempatkan di 21 buah Universiti Awam (UA) dan Politeknik.  Secara keseluruhannya, seramai 34 pemohon berjaya melanjutkan pengajian di peringkat asasi manakala seramai 59 pemohon di peringkat diploma.

Berikut adalah statistik bilangan pemohon yang berjaya ditempatkan di Universiti Awam (UA) dan Politeknik serata Malaysia bagi Batch SAIFUNNAJJAH :

1. Universiti Teknologi MARA [UITM] (48 orang)
2. Universiti Sains Islam Malaysia [USIM] (8 orang)
3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia [UTHM] (6 orang)
4. Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] (5 orang)
5. Universiti Malaya [UM] (4 orang)
6. Universiti Putra Malaysia [UPM] (3 orang)
7. Universiti Teknikal Malaysia Melaka [UTEM] (3 orang)
8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM] (3 orang)
9. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia [UPNM] (2 orang)
10. Universiti Sultan Zainal Abidin [UNISZA] (2 orang)
11. Universiti Malaysia Pahang [UMP] (1 orang)
12. Universiti Malaysia Perlis [UNIMAP] (1 orang)
13. Universiti Utara Malaysia [UUM] (1 orang)
14. Universiti Pendidikan Sultan Idris [UPSI] (1 orang)
15. Politeknik (5 orang)

Jumlah Keseluruhan Pemohon : 93 Orang

PERINGATAN
* Universiti lain tidak disenaraikan seperti diatas kerana tiada pemohon yang berjaya ditawarkan di universiti selain senarai diatas.
* Sebarang pertanyaan, sila rujuk Pihak Kemasukan UPU.
* Bahagian Akademik tidak akan melayan sebarang pertanyaan mengenai siapa yang dapat di universiti sekian sekian dan seumpama dengannya. (Maklumat tersebut adalah SULIT)
* Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudain.

© All Copyright Reserved

Disediakan oleh :
Bahagian Akademik,
Batch SAIFUNNAJJAH.

3 comments:

  1. OMGGGGG PERFORMMMNYAAAAAA MY BRADER AND SISTER ! Siap ada blog lagi ;))))) tahniah smua! May Allah permudahkan segala urusan kalian! ;))) smoga bjaya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abg Meor. Ini salah satu inisiatif untuk mengekalkan ukhwah kami. Nanti bila dah besar, boleh buat reunion berdasarkan maklumat daripada blog ini. In sha Allah, kami akan jemput senior-senior yang menjaga kami suatu hari nanti. Semoga abang Meor berjaya disana.

      Delete
  2. Nak tanya pendapat boleh x? Kalau markah merit 69 kira bagus atau tak?

    ReplyDelete

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat