• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Tuesday 9 February 2016

Berita : Ucapan Takziah Kepada Ex-KASAS (SPM2015)

13:41 // by Unknown // // No comments



Assalamualaikum wbt.

BERITA : UCAPAN TAKZIAH KEPADA ALLAHYARHAM AMIRUL B SAPARI (SPM2015) ALUMNI SMKA SULTAN AZLAN SHAH, BOTA

Kami warga batch SAIFUNNAJJAH 11-15 (SPM2015) alumni SMKA Slim River, mengucapkan ucapan takziah kepada ibu bapa / waris atas pemergiannya pada 8 Feb 2016 (Isnin). Kami berharap agar ibu bapa / waris dan sahabat-sahabat allahyarham tabah menghadapi takdir Allah dan berdoa agar allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

*Allahyarham Muhammad Amirul b Sapari yang berasal dari Sungai Samak, Teluk Intan, Perak dikejarkan ke Hospital Seri Manjung (HSM), Perak apabila mengalami kemalangan di Lebuhraya Lekir-Sitiawan apabila motorsikal jenis Yamaha 125Z yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah motokar pacuan empat roda Mitsubishi 4x4. Allahyarham disahkan meninggal dunia di HSM akibat kecederaan dalaman. Allahyarham merupakan sahabat kepada sahabat kami dan juga bekas pelajar SMKA Sultazn Azlan Shah, Bota, SPM2015.

Gambar 1 : Sewaktu pengebumian Allahyarham pagi tadi.


Al-Fatihah.
(Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman).
'Allahuma Firglahu Warhamhu Waa'fihi Wafuanhu'

Disediakan oleh :
Bahagian Kebajikan,
Alumni Batch SAIFUNNAJJAH 11-15,
SMKA Slim River, Perak.

0 comments:

Post a Comment

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat