• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subscribe Us on YouTube!

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH

Pendaftaran Keahlian Batch SAIFUNNAJJAH
Klik gambar untuk daftar. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

Tuesday 23 February 2016

Hebahan : Pengambilan Slip Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2015

16:41 // by Unknown // , // No comments


--------------------------------------------------------------


HEBAHAN MAKLUMAN

PENGUMUMAN SLIP KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2015
SMKA SLIM RIVER, PERAK


Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa, calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 boleh mendapatkan slip keputusan mereka seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03 March 2016 (Khamis)
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar (DSAB), SMKA Slim River, Perak
Masa : 10.30 pagi
Pakaian :
- Putera : Baju Kemeja + Tali Leher + Seluar Slack Hitam (seluar jenis jeans tidak dibenarkan) + Kasut Kulit Hitam + Rambut disikat rapi dalam keadaan kemas
- Puteri : Tudung Labuh + Baju Kurung + 'Armsocks' + Kasut Kulit Hitam

Calon-calon dikehendaki mematuhi peraturan berikut sewaktu mengambil slip keputusan SPM :
1. Memakai pakaian selain yang dinyatakan diatas
2. Bebas daripada hutang / tunggakan bayaran Yuran Makan Asrama
3. Bebas daripada hutang / tunggakan / denda bayaran buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
4. Bebas daripada mana-mana hutang / tunggakan bayaran lain selain yang disenaraikan diatas
5. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
*Sekiranya calon mempunyai hutang / tunggakan, sila jelaskan terlebih dahulu sebelum mengambil slip keputusan SPM
Selain itu juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM (jarak) nombor kad pengenalan (jarak) angka giliran dan hantar ke 15888. Anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 untuk setiap penghantaran dan RM0.20 untuk setiap penerimaan. Jumlah caj dikenakan adalah RM0.35 bagi setiap semakan menggunakan mySMS. 
*Perkhidmatan mySMS akan bermula pada jam 10.00 pagi pada 03 March 2016.


CONTOH : SPM   980708645234   AB123C109   hantar ke 15888

Oleh itu, Unit Bimbingan & Kaunseling akan menyediakan dua buah 'booth' institusi lepasan SPM iaitu Booth Cyberjaya University College Medical Sciences (CUCMS) dan Booth Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Para lepasan SPM boleh mendapatkan maklumat mengenai institusi berkenaan sewaktu pengambilan Slip Keputusan SPM.

Unit Peperiksaan & Penilaian,
SMKA Slim River, Perak

0 comments:

Post a Comment

Disediakan oleh : Bahagian Teknologi Maklumat